Monday, October 24, 2011

I Think I Love You - Episode 3

Setelah sebulan di Uluwatu,Shah mendapat surat tawaran dari pihak fakulti untuk berpindah ke Oxford kerana prestasi Shah amat bagus semasa kajiannya. Shah terpaksa meninggalkan Yasmin dan rakannya Zarh. Setelah Zarh dan Yasmin menghantar Shah di lapangan terbang, Shah berlepas pada pukul 3 petang dan sampai di UK pada jam 3 pagi. Setelah sampai di Oxford, Shah pergi ke pejabat pentadbiran untuk melaporkan dirinya. Kemdian, Ms Jeniffer menunjukkan dorm Shah. "This is your dorm, you leave with Faez and Zulhairi. They are from Malaysia." kata Miss Jeniffer. " Thank you miss" balas Shah.

Masuk je ke dalam dorm, "assalamualaikum" salam Shah. "Waalaikumusallam" jawab Faez dan Zulhairi. Mereka berkenal-kenalan dan Shah mengemas barangnya. Pada esok hari Shah akan menghadiri kelasnya yang pertama di Oxford University. Pada malam itu, Shah menelifon Yasmin tetapi Zarh yang mengangkat. Shah mendapat berita yang Yasmin telah meninggal dunia akibat barah otak. Shah buntu dan tidak boleh berbuat apa-apa. Dia pasrah dan menangis. Zarh meredakan keadaan Shah dalam telifon. Faez dan Zulhairi turut meredakan Shah.

Pada keesokkan harinya, Shah tidak menghadiri kuliah. Faez dan Zulhairi mencari Shah seluruh blok, tetapi Shah tidak ditemukan. Faez mengajak Zulhairi pergi ke Kinikuniya Bookstore kerana Faez tahu yang Shah suka membaca dan akan pergi ke kedai buku apabila Shah bersedih. Mereka memujuk Shah dan menaikan kembali semangat Shah. Zulhairi membawa Shah ke Loch Ness iaitu tasik yang indah. Shah dapat meluahkan perasaan sedihnya di sana. Shah amat teruja dengan keindahan ciptaan Allah. Apabila emosi Shah kembali sempurna, mereka kembali ke kampus semula. Mereka menghadiri kuliahnya iaitu fizik.


Bersambung........