Seperti biasa, setiap hari persekolahan aku akan bangun pagi untuk ke sekolah... Aku ada sebuah band yang dinamakan Satelite Band... Pada setiap pagi saya dan ahli band saya akan berkumpul di kantin dan bersarapan bersama.. Pada hari ini aku terlambat hadir kesekolah. “Assalamualaikum” aku berkata apabila sampai ke sekolah.. “Waalaikumusallam” jawab rakan-rakan ku. “ Asal kau lambat, lama seh kitaorang tunggu.” Faez berkata. “ Ala, tayar motor aku pancit, tu yang lambat.” Jawab aku.
Tamat sahaja waktu sekolah, aku dan ahli band aku pergi ke Tasik W sambil membawa gitar masing-masing. Kami duduk di tepi tasik dan mula bermain gitar dengan lagu Fall For You... Aku amat gemar sekali akan lagu itu. Kemudian aku terus berusaha untuk mencari chord lagu aku yang berjudul November. Akhirnya, aku sudah dapat dan aku terus rakamkan dengan versi acoustic. Tiba-tiba aku terdengar suara yang lembut memanggil ku. “Kashaf!!!.” Apabila aku berpaling, terlihat seorang gadis iaitu Yana,rakan ku yang amat ku cintai sekali.. “ Ia Yana, nak apa Tuan Puteri.” Jawabku dengan nada manja. “ Awak kata nak belanja makan jomlah.” Yana berkata. “ Jomlah, saya tengah tunggu awak ni. Jom.” Balas aku.
Apabila sampai di kedai makan, kami akan sentiasa memesan makanan yang sama iaitu Nasi Goreng Pattaya dan Teh O Ais Limau. Itu memang makanan kegemaran kami. Kami akan sentiasa bercerita tentang sekolah. Sesudah selesai, kami kembali semula ke tasik untuk menyanyi. Aku amat suka sekali dengan suara yang dilontarkan oleh Yana. Suaranya amat lunak. Yana adalah penyanyi band kami. Jam sudah menunjukkan sudah pukul 5 petang dan aku menghantar Yana pulang ke rumahya seperti biasa. Apabila sampai ke rumah Yana, “Kashaf, masuk sekali.” Ibu Yana menjemput aku masuk. “ Takpelah aunty, Kashaf dah lambat ni, lain kali jelah.” Jawab ku. Aku terus menuju kerumah ku. Apabila sampai aku terus membersihkan diriku dah solat. Setelah selesai, aku terus membuka laptop dan mengaktifkan Skype itulah rutin hidupku. Aku akan sentiase aktif untuk video call dengan Yana. Aku akan sentiasa tersenyum apabila memandang wajahnya yang sentiasa senyum. Aku turut gembira melihat dirinya gembira.
2 bulan kemudian.......
Apabila aku tersedar, aku terlihat Yana dan ibuku sedang menangis. Aku bertanya “ kenapa mama dengan Yana menangis ?” Mereka tidak berkata apa-apa, Cuma meneruskan menangis. Aku melihat keadaan aku yanag terlantar di atas katil hospital.Kemudian seorang doktor lelaki yang bernama Hakimi datang dan memanggil Yana dan ibuku. Aku tidak tahu apa yang diperkatakan oleh doktor itu. Kemudian ayah ku dating disisi ku, sambil berkata “ Kashaf, terima hakikat ya.” Aku tergamam dan berkata “ Kenapa abah?” Ayah aku membalas “ Kashaf disini kerana menghidap penyakit barah otak dan Kashaf tinggal lagi 1 bulan sahaja untuk bertahan.” Aku merasa begitu hampa sekali. Pada hari itu aku meminta untuk dikeluarkan hospital. Kemudian aku di bawa balik ke rumah dan Yana meminta kebenaran untuk membawa aku untuk pergi ke rumahnya. Yana membawa Kashaf pergi ke rumahnya dengan menaiki kereta yang mama Kashaf hadiahkan sempena ulang tahun hari kelahiran Yana. Ibu Kashaf sudah menganggap Yana sebahagian dari keluarganya.
Yana cuba untuk membuat aku berasa gembira tetapi aku hanya mendiamkan diri sahaja. Tetapi, Yana cuba dan aku kadang-kadang terlihat Yana menangis didalam biliknya kerana sekarang Yana sudah berpindah ke rumah aku atas kerana untuk menjaga aku. Pada malam itu, aku bersendiri di bilik ku. Membuat sesuatu di dalam laptop aku. Aku menangis bersendiri sambil menulis sesuatu. Aku tidak tidur pada malam itu dan kesokkan paginya aku duduk di taman buatan di perkarangan rumah ku. Aku duduk bersendirian sambil termenung sehingga aku tidak perasan kehadiran Yana disebelah aku. Aku tersentak apabila dia memanggil nama ku dengan lembut. Aku tersenyum melihat wajahnya walaupun dalam hatiku meraung. Yana mengajak aku pergi ke Titiwangsa dan aku membawa gitar bersama. Di sana kita bernyanyi bersama sehingga aku terlupa akan kesakitan ku ini.
Sekarang cuma tinggal seminggu sahaja. Aku terus mendekati diri Yana sebelum aku pergi jauh dari dunia ini. Sekarang kami semakin rapat seperti pasangan suami isteri. Kadang-kadang aku terdengar Yana menangis sendirian di biliknya. Aku berasa hiba, aku seperti ingin meraung. Aku tidak tahu mahu membuat apa. Yang mampu aku buat ialah berserah kepada Yang Maha Esa. Pada esoknya, aku pergi kesekolah ku bersama dengan Yana untuk menemani ku. Aku berjmpa dengan rakan-rakan ku terutama ahli band aku. Kemudian aku berjumpa dengan semua guru-guru ku yang selama ini melimpahkan segala ilmu yang amat berguna bagiku. Setelah selesai, aku duduk di dewan sekolah bersama ahli band aku. Setelah selesai kami berbual, aku bingkas bangun dan aku dengan tiba-tiba pengsan. Yana terus membawa ku ke hospital. Aku dimasukkan ke bilik isolasi dimana aku harus di beri rawatan yang rapi. Aku memberi sepucuk surat ke Yana untuk di baca olehnya.
Surat itu berbunyi sebegini,
Adakah kau menyintai…
atau tidak menyintaiku???
pertanyaan ini sudah lama bersarang difikiranku
cuma lidah kelu melontarkan
ia kekal menjadi pertanyaan
yang tak terjawab
Kau melayanku seperti teman biasa
tetapi di lain waktu seperti seorang kekasih
kau kerap mengusikku dengan gurauan bersahaja
nadanya seolah menyatakan
aku hanya sekadar seorang sahabat
boleh diusik dengan pelbagai jenaka
dipanggil dengan pelbagai gelaran
namun bersama temanmu yang lain
kau diam-diam memujiku
kau katakan yang indah-indah
kau menghormati dan mengkagumiku…
Mereka berkata
setiap kali kau membicarakan tentangku
ada sinar cahaya di matamu
ibarat membicarakan sesuatu yang suci
adakah itu petandanya kau menyintai
atau…tidak menyintaiku…?
Di suatu masa kau begitu memanjakan aku
di suatu masa yang lain kau buat tak endah
ada saatnya kau diam-diam mencuri pandangan
bila ku tersedar kau cepat-cepat berpaling
adakah kau mampu melindungi
wajahmu yang berubah merah??
Katakan padaku
adakah kau menyintai atau
tidak menyintaiku???
adakah aku hanya dilanda perasaan
tersalah tafsir dengan sifatmu yang mengelirukan
atau aku sebenarnya lebih keliru
dengan perasaanku sendiri
adakah aku menyintai
atau tidak menyintai dirimu….??
Aku harus pergi sekarang...
Meninggalkan dirimu...
Lebih jauh dari cakerawala ini...
Kerana kamu suadah berpunya...
Aku redha..... kita hanya berkawan....
Selamat Tinggal kawan sejati ku...
Hatiku kini jauh dari cakerewala ini....
Terima Kasih....
Setelah selesai Yana membaca surat itu, Yana menitiskan air matanya kerana melihat aku sudah tiada lagi. Dia berkata “Kashaf, maafkan Yana, Yana amat menyintai Kashaf. Tetapi Yana tidak tahu bagaimana mahu berkata-kata. Maafkan Yana, Kashaf.” Kemudian jenazah Kashaf sudah selesai dikebumikan. Yana hanya berdiam diri seperti orang yang tidak tentu arah. Yana mengurung dirinya sehingga dia bermimpi yang Kashaf bertemu dengannya sambil berkata “ Teruskan hidupmu sayang, masih banyak lagi cabaran yang kamu perlu tempuhi, Pejamkan matamu jika rindukan wajahku sayang..” Yana terbangun dan terus pergi ke pusara Kashaf pada pagi itu juga. Yana membaca surah yassin di sana dan Yana terus duduk bersama ibu bapa Kashaf.
Yana akan selalu membuka dairi Kashaf dan membacanya. Dairi itu bertulis dari bermulanya mereka berkenalan sehingga keakhir hayat Kashaf. Yana redha dengan apa yang berlaku. Kini, Yana sudah menjadi seorang doktor pakar otak. Dian berkata sendiri, “ Kashaf, terima kasih, Yana Berjaya sekarang. Yana sayang Kashaf sehingga akhir hayat Yana.
-TAMAT-
IN MEMORIES
THIS STORY IS DEDICATE TO NUR LIYANA THAT BEEN LEFT US ON 21/8/2011....