Saturday, November 3, 2012

Keabadian Cinta

    Hisyam sedang memandu kereta BMW X6 nya menuju ke tepi pantai yang berdekatan dengan rumah ibu bapanya. Setelah sampai tempat yang ingin dituju, dia pun turun dan duduk di atas batu-batuan yang besar di tepi pantai. Dia membuka dompet pemberian orang yang paling dia sayangi. Dia menghembus nafasnya sambil menutup matanya yang hamper mengeluarkan cecair yang seperti berlian yang amat susah untuk di keluarkan oleh kaum adam.

   “ Encik, tiket ke Subang Jaya satu.” Hisyam sedang membeli tiket KTM Komuter. “ Harganya 10 ringgit encik.” Balas penjual tiket itu. Hisyam mengeluarkan duitnya di dalam dompet untuk membayar tiket tersebut. Selepas itu, dia duduk di bangku yang di sediakan untuk menunggu. Setelah setengah jam dia mununggu, akhirnya sampai juga komuternya yang hendak menuju ke Subang Jaya. Setelah dia masuk ke dalam, dia mencari tempat duduk dan terus duduk. Pada mulanya dia berasa amat pelik kerana semua yang berada di situ perempuan, tetapi dia tidak mengambik kisah kerana dia sudah penat menunggu komter. Tiba-tiba, seorang perempuan yang cantik menawan dating duduk sebelahnya dan menegurnya. “ Hi awak, nama saya syafika, awak boleh panggil saya ika.” Hisyam memandang gadis tersebut dan berkata “ Hi, nama saya Hisyam.” Sambil senyum, Ika berkata “ Awak nak tahu sesuatu tak?” Hisyam terpinga-pinga dan berkata “ Apa dia?” Ika ketawa dan berkata “ Awak sebenarnya berada di gerabak yang khas untuk perempuan.” Hisyam terus berdiri kerana malu dan berpindah ke gerabak sebelah yang umum untuk semua.

     Setelah sampai ke Station Subang Jaya, Hisyam keluar dari komuter dan menuju ke perhentian bas yang berdekatan. Dia duduk di bangku sambil menunggu bas tiba untuk destinasi seterusnya iaitu Sunway Pyramid. Tiba-tiba Ika datang dan duduk sebelah Hisyam dengan muka yang tersenyum. “ Manisnya senyuman Ika ni.” Hisyam bermonolog dengan dirinya. Mereka berbual tentang latar belakang diri masing-masing. Hisyam seorang penuntut di UITM Shah Alam mengambil bidang akauntant manakala Ika menuntut di UniKL mengambil bidang pengurusan. Setelah tiba di Sunway Pyramid, mereka terus ke Restaurant Wendy’s yang menjual makanan segera. Hisyam memilih tempat tersebut kerana dia gemar melihat orang meluncur ais. Usai makan, Hisyam mengajak Ika untuk pergi meluncur ais, pada mulanya Ika menolak tawaran tersebut. Tetapi setelah dipujuk rayu oleh Hisyam, akhirnya, Ika bersetuju untuk pergi meluncur ais bersama dengan Hisyam. Kemesraan mereka berdua umpama sudah lama mereka sudah berkenalan. 

        Setelah hampir 6 jam di sana, mereka pun kembali ke rumah mereka. Hisyam menghantar Ika sehingga ke rumahnya di sekitar Pantai Dalam. Kemudian dia kembali ke Shah Alam di asrama UITM Shah Alam. Hisyam berasa amat bahagia pada hari itu kerana dia dapat berkenalan dengan gadis yang cantik menawan. Ika juga berasa benda yang sama dengan apa yang Hisyam rasa. Pada hari seterusnya, mereka sering berjumpa dan sentiasa bersama. Hisyam amat menyayangi Ika dan begitu juga dengan Ika. Mereka sudah sepakat akan berkahwin selepas Hisyam mendapat kerjaya yang tetap untuk membina sebuah keluarga yang harmoni. Tiga bulan kemudian, Hisyam telah pun Berjaya mendapat Sarjana Muda dalam bidang akuantant. Selepas itu, dia bersungguh-sungguh mencari kerja kerana dia tidak mahu bertangguh untuk bergelar suami kepada Ika yang di sayanginya. Ibu bapa Hisyam sudah berjumpa dengan ibu bapa Ika dan mereka bersetuju dan Ika sudah pun sah menjadi tunang Hisyam.
     
         Beberapa hari selepas itu, Hisyam menerima satu panggilan dari Safura Holdings yang member tawaran kepada Hisyam untuk bekerja dengan syarikatnya. Tetapi, Hisyam harus bekerja di Norway iaitu anak syarikat Safura Holdings selama 3 tahun. Pada mulanya, Hisyam mahu menolak tawaran tersebut, tetapi selepas di pujuk dan di beri sokongan daripada Ika, Hisyam bersetuju untuk menerima tawaran tersebut. Setelah tarikhnya tiba untuk Hisyam terbang ke Norway, Ika menemani Hisyam ke KLIA. Sebelum Hisyam masuk ke balai berlepas, Hisyam memeluk erat tubuh tunang kesayanganya , Ika. “ Saya akan merindui mu sayang.” Hisyam berbisik di telinga Ika. “ Saya juga akan merindui diri mu sayang, jaga diri baik-baik di sana.” Ika menangis teresak-esak dan lari keluar dari KLIA meninggalkan Hisyam seorang diri berdiri terpaku di hadapan pintu masuk balai berlepas. Ika menangis seorang diri didalam kereta waja milik Hisyam kerana dia risau tidak sempat dapat berjumpa dengan tunangnya.

         Setelah 13 jam berada di awan, akhirnya sampai juga Hisyam ke Norway iaitu tempat bermulanya hidup yang baru. Dia cuba menelifon tunangnya, tetapi tidak dapat dihubungi. Setelah di cuba beberapa kali, masih tidak ada apa-apa jawapan dari Ika. Kemudian, dia terus ke tempat tinggal yang telah di sediakan dan syarikatnya telah menyediakan kenderaan yang mewah untuk Hisyam pergi ke kerja setiap hari. Setiap hari, Hisyam tidak berputus asa menghubungi tunangnya tetapi jawapanna tetap sama. Cuma suara perempuan yang berkata “ nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi.” Hisyam sudah berasa tidak tenteram tetapi apakan daya, mereka duduk berjauhan. Sejauh beribu-ribu kilo nautika dan kos penerbangan amatlah mahal jika dia mahu pulang ke tanah airnya yang tercinta. Jadi, dia hanya berserah kepada tuhan yang maha esa. 

         Setelah tiga tahun kemudian, hari yang di tunggu-tunggu oleh Hisyam sudah pun tiba. Kini dia sedang dalam perjalanan menuju ke Malaysia, tanah airnya yang tercinta. Perkara yang di tahan selama 3 tahun hampir habis waktunya. Ibu bapa Hisyam menjemput Hisyam di KLIA dan terus di bawa kerumahnya yang terletak di Kota Tinggi. Setelah bersuka ria, tiba-tiba soalan Hisyam yang bertanyakan Ika menjadikan keadaan sunyi dan suram. Hisyam berasa pelik dan terus bertanyakan soalan yang sama. Ayah Hisyam memberi tahu kepada Hisyam bahawa Ika telah meninggal dunia pada tahun lepas akibat barah otak. Pada mulanya, Hisyam tidak dapat menerima apa yang telah berlaku, tetapi selepas dia dibawa ke pusara Ika, dia menangis teresak- esak kerana dia amat menyesali tindakan dirinya yang harus pergi meninggalkan cintanya demi kerjaya. Dia amat terkilan kerana tidak dapat bersama Ika pada saat-saat terakhirnya. Hisyam meraung kerana tidak dapat menerima kenyataan yang berlaku. Adik Ika iaitu Farah member surat kepada Hisyam yang di tulis oleh Ika sebelum dia pergi meninggalkan dunia yang indah ini.

        Surat itu tertulis: Sayang, maafkan saya kerana saya tidak dapat menunggu dirimu pulang dari Norway kerana tuhan lebih menyayangi diriku ini. Secara jujurnya, kali pertama saya berjumpa dengan awak di dalam komuter semasa perjalan kita ke Sunway Pyramid, saya telah jatuh hati kepada awak. Saya dapat berasa bahagia apabila bersama dengan awak setiap saat, setiap detik. Sayang, pemergian saya ini bukan penamat bagi hidup awak, teruskanlah hidup awak yang masih lagi panjang. Saya sengaja mematikan telefon bimbit saya kerana saya mahu awak melupakan saya dan supaya awak tidak berasa janggal apabila ketiadaan saya apabila kepulangan awak ke Malaysia. Seikhlas hati saya, saya akan sentiasa menyimpan akan di dalam hati saya yang Cuma awak seorang sahaja yang akan saya bawa ke dalam syurga yang saya di masukkan ataupun ke dalam neraka yang saya tercampak. Awak sentiasa di hati saya, perasaan sayang saya terhadap awak tidak akan luput sampai bila pun. Dari insane yang sentiasa mencintaimu, Ika


          Selepas Hisyam membaca surat itu, hatinya  bagai kaca yang terhempas ke atas batu, hancur luluh. Tetapi ibu bapanya sentiasa di sisi untuk menenangkan dirinya yang sedang sedih.

            Hisyam menutup kembali dompetnya setelah puas merenung gambar arwah tunangnya yang sentiasa berada di dompetnya. Dia tersenyum dan masuk ke dalam kereta kerana azan maghrib telah pun berkuandang. Sehingga kini, Hisyam masih lagi belum berkahwin kerana cintanya hanya untuk Ika. Dia menuju ke masjid untuk menunaikan solat maghrib.
                                                          -TAMAT-

Monday, February 13, 2012

Kenangan Terindah


Assalamualaikum....

Entry kali ni aku nk cerita pasal kenangan yg best dlm hidup aku... Ni ade kaitan dengan entry Aweazing... Ermmm aku skrg dh x de ape2 ngan dia... Aku just org biasa skrg pada die... Kalau nk tnye aku... Aku mmg sayang die sebagai kawan dari diri aku sendiri... Tapi nk ckp apa kn... Dh takdirkn... Ni semua sbb perubahan aku... X pe, aku terima... But aku sedihlah kn... Aku akan rindu telatah die bila aku call die... Dia BFF yg paling best dlm dunia yg pernah aku jumpa... But ni keputusan die... So aku turuti je... Aku nk die yg aku baru nk kasi die friendship braclet warna kegemaran die... Warna purple yg aku beli mase aku pergi Sarawak... Aku sedih skrg... Aku akan ingat die sampai hujung hayat aku... Aku x salahkn die... Tetapi kenangan suka dan duka kita bersama masih bermain didalam kotak fikiran aku... Aku harap die happy dgn hidup dia... Insyallah...Ini puisi khas untuk mu... Terimalah...

Kawan ku,
Jika ada saudaraku yang lain diantara kakak dan adikku itu pastilah kau

Saudari ku
Kita sama menyusuri ombak kecil jikala pasang
Berpanas ceria dikala terik

Sahabat ku
Kita mungkin saja pernah menghempas tangis berdua
Bertindih susah bersama-sama
Bermandi keringat tanpa jeda
Tapi aku tak kan bisa gembira tampamu di tanah baru nanti

Sahabat ku
Akan tiada lagi kita berdebat soal bulan
Tak akan pernah lagi berlomba memacu perahu
di tanah baru mungkin akan gersang tampamu

Sahabat ku
Percayalah perpisahan ini tidak membawa senang padaku
Namun ini harus kujalani
Namun kelak kita kan bersua lagi, dengan mengulang kisah-kisah kita kini.

Ikhlas dari,
Asrul Shah

Monday, January 30, 2012

Kehilangan


Kehilangan...

Ku kehilangan,
Penuh kesunyian,
Tiada teman untuk ku mengadu nasib,
Ku selalu mengadu dengan maha pencipta,
Maha pencipta yang mengasihi makhluknya.

Air mata ku berlinangan membasahi pipi ku,
Air mataku membasahi pada setiap malam,
Memikirkan adakah ini nasibku?
Aku percaya yang semuanya telah ditetapkan,
Ditetapkan oleh Maha pencipta.

Aku sentiasa memujuk diriku,
Untuk mencari seorang teman,
Tetapi ianya gagal kerana dia bukanlah jodohku,
Aku masih berusaha untuk mencarinya,
Kerana Allah Maha adil untuk makhluknya..


This poem is dedicate to my BM teacher... Cikgu Amiel..

Sunday, January 29, 2012

Pengorbanan


Pengorbanan

Malam ini terlalu sepi,
Semua manusia sudah pun di buai mimpi yang indah,
Tiupan angin sempoi-sempoi bahasa mengindahkan lagi malam,
Aku duduk sendiri di serambi rumahku,
Memikirkan tentang hidupku.

Di dalam kotak fikiran ku terimbau kembali kisah silam,
Kisah silam yang pernah menjatuhkan aku,
Sehingga aku berasa untuk menyerah diri,
Aku tidak kuat untuk merempuh dugaan ini,
Dugaan yang datang seumpama badai yang amat kuat.

Aku menitiskan cecair yang amat berharga,
Cecair yang bersinar seperti berlian yang setiap malam membasahi pipiku,
Aku bersujud kepada Ilahi supaya memberi hidayah kepadaku,
Apabila aku sujud, aku akan rasa yang aku menghampiri-Nya,
Yang Maha mengetahui segalanya.

Keperitan didalam hati ini bagai ditusuk dengan lembing yang amat tajam,
Sehingga aku sendiri tidak dapat menahannya,
Aku mahu lari dari semua ini,
Tetapi ada yang membisik supaya aku bertahan,
Aku juga harus menempuhi badai yang melanda.

Kini aku mengerti,
Bertapa besarnya nilai yang tidak terbayar oleh sesiapa,
Pengorbanan dan kesetiaan dalam sesuatu,
Harus kita lakukan,
Kerana Allah Maha adil...

TIDAK


Assalamualaikum,

Entry pada kali ini menceritakan tentang diri saya. Saya sebenarnya mempunyai masalah untuk mengatakan tidak kepada semua orang. Walaupon hati meronta tetapi buat juga. Tetapi orang berkata Sesuatu perbuatan jika tidak ikhlas sia-sia sahaja... Saya cuba untuk mengikhlaskan diri saya untuk membuat sesuatu perkara... Kesusahan ini sehingga boleh membebankan saya malah memudaratkan diri saya.

Saya seorang yang suka berfikir tentang masa depan, suka berkarya, tetapi saya mempunyai bnyk kelemahan.. Saya sedar yang semua manusia mempunyai kelemhan sendiri.. Tetapi saya tidak boleh menguatkan diri untuk melawan kelemahan saya.. Apa yang ingin aku lakukan YA ALLAH?? Aku merayu pada mu... Tolong lah hamba mu ini... Jika aku tidak sesuai lagi di bumi mu ini... ambillah aku... :{

Friday, January 27, 2012

AWEAZING


Hai semua...

Saya dah lama x tulis entry... saya cuma postkn karya-karya saya sahaja... Rindu dengan blog saya... Anyaway saya nk cakap yang saya dah dapat kembali hidup saya yang selama ini hilang meninggalkan saya.. Setelah saya berusaha, saya dapat mencari hidup saya kembali...

Tajuk entry saya ini tentang BFF saya, Nur Azilla ataupun saya memanggilnya Illa. saya mula mengenali dia semasa kami darjah enam pada tahun 2008. Tetapi masa tahun 2008 kami hanya berkenalan seperti biase sahaja... Kami mula untuk berkawan secara rapat sejak tahun 2011 semasa kami di tingkattan 3.... Dia adalah satu-satunya BFF saya yg perempuan... Jika berlaku masalah, saya akan bercerita dengannya.. Pada hujung tahun 2011, kami pernah bergaduh kerana emosi saya semasa itu tidak stabil akibat kematian nenek tercinta saya... Tetapi saya yakin yg makin bnyk masalah menimpa, makin rapat hubungan kami sebagai rakan karib ataupun BFF.... sekarang, sudah menjelang tahun 2012, kami bertambah rapat. Dia amat baik dan cute... hahahahaha sbb jeritannyer... kdg2 kami menyanyi bersama2... dia mempunyai suara yg amat sedap.. suara yang membawa ketenangan... Saya amat menyayanginya sebagai kawan karib... Saya harap kami akan jadi BEST FRIEND FOREVER!!!!

Lastly, Illa, thanks sbb sudi menjadi BFF saya... saya amat terharu kerana mempuyai kawan yang aweazing kamu... Insyalah awk akan berjaya menjadi seorang doktor yang telah menjadi cita-cita awk... Dan Aweazing itu datangnya dari perkataan Awesome+Amazing... saya berbuat demikian kerana saya mempunyai BFF yg melebihi dari dua perkataan itu jadi saya gabungkan... Thanks Illa... <3


Puisi ini untuk kamu Illa


Seindah cahayapagi yang menyingsing pagi……
Seindah belaian katulistiwa yang memancar………
Seindah gelora kasih yang bersemayam direlung hati……….
Seindah persahabatan yang hari ini kita jalin…….

Bintang-bintang bersinar gemerlap………
Rembulan tersenyum dengan indahnya…….
Komet Halley berlintas dengan cemerlang……….
Seindah persahabatan yg hari ini kita rekat……..

Ku bersyukur mendapakan engkau kawan….
Ku bersyukur berteman denganmu kawan…
Ku berharap ini tak kan bias……….
Ku berharap ini kan nyata……….

Satu yang ku harapkan darimu teman………
Jadikan hidup ini indah dengan kepedulian………
Kepedulianmu terhadap sekelilingmu…..
Kepedulianmu terhadap temanmu kawan……….

Sincere from your BFF,
M.Asrul Shah