Saturday, November 3, 2012

Keabadian Cinta

    Hisyam sedang memandu kereta BMW X6 nya menuju ke tepi pantai yang berdekatan dengan rumah ibu bapanya. Setelah sampai tempat yang ingin dituju, dia pun turun dan duduk di atas batu-batuan yang besar di tepi pantai. Dia membuka dompet pemberian orang yang paling dia sayangi. Dia menghembus nafasnya sambil menutup matanya yang hamper mengeluarkan cecair yang seperti berlian yang amat susah untuk di keluarkan oleh kaum adam.

   “ Encik, tiket ke Subang Jaya satu.” Hisyam sedang membeli tiket KTM Komuter. “ Harganya 10 ringgit encik.” Balas penjual tiket itu. Hisyam mengeluarkan duitnya di dalam dompet untuk membayar tiket tersebut. Selepas itu, dia duduk di bangku yang di sediakan untuk menunggu. Setelah setengah jam dia mununggu, akhirnya sampai juga komuternya yang hendak menuju ke Subang Jaya. Setelah dia masuk ke dalam, dia mencari tempat duduk dan terus duduk. Pada mulanya dia berasa amat pelik kerana semua yang berada di situ perempuan, tetapi dia tidak mengambik kisah kerana dia sudah penat menunggu komter. Tiba-tiba, seorang perempuan yang cantik menawan dating duduk sebelahnya dan menegurnya. “ Hi awak, nama saya syafika, awak boleh panggil saya ika.” Hisyam memandang gadis tersebut dan berkata “ Hi, nama saya Hisyam.” Sambil senyum, Ika berkata “ Awak nak tahu sesuatu tak?” Hisyam terpinga-pinga dan berkata “ Apa dia?” Ika ketawa dan berkata “ Awak sebenarnya berada di gerabak yang khas untuk perempuan.” Hisyam terus berdiri kerana malu dan berpindah ke gerabak sebelah yang umum untuk semua.

     Setelah sampai ke Station Subang Jaya, Hisyam keluar dari komuter dan menuju ke perhentian bas yang berdekatan. Dia duduk di bangku sambil menunggu bas tiba untuk destinasi seterusnya iaitu Sunway Pyramid. Tiba-tiba Ika datang dan duduk sebelah Hisyam dengan muka yang tersenyum. “ Manisnya senyuman Ika ni.” Hisyam bermonolog dengan dirinya. Mereka berbual tentang latar belakang diri masing-masing. Hisyam seorang penuntut di UITM Shah Alam mengambil bidang akauntant manakala Ika menuntut di UniKL mengambil bidang pengurusan. Setelah tiba di Sunway Pyramid, mereka terus ke Restaurant Wendy’s yang menjual makanan segera. Hisyam memilih tempat tersebut kerana dia gemar melihat orang meluncur ais. Usai makan, Hisyam mengajak Ika untuk pergi meluncur ais, pada mulanya Ika menolak tawaran tersebut. Tetapi setelah dipujuk rayu oleh Hisyam, akhirnya, Ika bersetuju untuk pergi meluncur ais bersama dengan Hisyam. Kemesraan mereka berdua umpama sudah lama mereka sudah berkenalan. 

        Setelah hampir 6 jam di sana, mereka pun kembali ke rumah mereka. Hisyam menghantar Ika sehingga ke rumahnya di sekitar Pantai Dalam. Kemudian dia kembali ke Shah Alam di asrama UITM Shah Alam. Hisyam berasa amat bahagia pada hari itu kerana dia dapat berkenalan dengan gadis yang cantik menawan. Ika juga berasa benda yang sama dengan apa yang Hisyam rasa. Pada hari seterusnya, mereka sering berjumpa dan sentiasa bersama. Hisyam amat menyayangi Ika dan begitu juga dengan Ika. Mereka sudah sepakat akan berkahwin selepas Hisyam mendapat kerjaya yang tetap untuk membina sebuah keluarga yang harmoni. Tiga bulan kemudian, Hisyam telah pun Berjaya mendapat Sarjana Muda dalam bidang akuantant. Selepas itu, dia bersungguh-sungguh mencari kerja kerana dia tidak mahu bertangguh untuk bergelar suami kepada Ika yang di sayanginya. Ibu bapa Hisyam sudah berjumpa dengan ibu bapa Ika dan mereka bersetuju dan Ika sudah pun sah menjadi tunang Hisyam.
     
         Beberapa hari selepas itu, Hisyam menerima satu panggilan dari Safura Holdings yang member tawaran kepada Hisyam untuk bekerja dengan syarikatnya. Tetapi, Hisyam harus bekerja di Norway iaitu anak syarikat Safura Holdings selama 3 tahun. Pada mulanya, Hisyam mahu menolak tawaran tersebut, tetapi selepas di pujuk dan di beri sokongan daripada Ika, Hisyam bersetuju untuk menerima tawaran tersebut. Setelah tarikhnya tiba untuk Hisyam terbang ke Norway, Ika menemani Hisyam ke KLIA. Sebelum Hisyam masuk ke balai berlepas, Hisyam memeluk erat tubuh tunang kesayanganya , Ika. “ Saya akan merindui mu sayang.” Hisyam berbisik di telinga Ika. “ Saya juga akan merindui diri mu sayang, jaga diri baik-baik di sana.” Ika menangis teresak-esak dan lari keluar dari KLIA meninggalkan Hisyam seorang diri berdiri terpaku di hadapan pintu masuk balai berlepas. Ika menangis seorang diri didalam kereta waja milik Hisyam kerana dia risau tidak sempat dapat berjumpa dengan tunangnya.

         Setelah 13 jam berada di awan, akhirnya sampai juga Hisyam ke Norway iaitu tempat bermulanya hidup yang baru. Dia cuba menelifon tunangnya, tetapi tidak dapat dihubungi. Setelah di cuba beberapa kali, masih tidak ada apa-apa jawapan dari Ika. Kemudian, dia terus ke tempat tinggal yang telah di sediakan dan syarikatnya telah menyediakan kenderaan yang mewah untuk Hisyam pergi ke kerja setiap hari. Setiap hari, Hisyam tidak berputus asa menghubungi tunangnya tetapi jawapanna tetap sama. Cuma suara perempuan yang berkata “ nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi.” Hisyam sudah berasa tidak tenteram tetapi apakan daya, mereka duduk berjauhan. Sejauh beribu-ribu kilo nautika dan kos penerbangan amatlah mahal jika dia mahu pulang ke tanah airnya yang tercinta. Jadi, dia hanya berserah kepada tuhan yang maha esa. 

         Setelah tiga tahun kemudian, hari yang di tunggu-tunggu oleh Hisyam sudah pun tiba. Kini dia sedang dalam perjalanan menuju ke Malaysia, tanah airnya yang tercinta. Perkara yang di tahan selama 3 tahun hampir habis waktunya. Ibu bapa Hisyam menjemput Hisyam di KLIA dan terus di bawa kerumahnya yang terletak di Kota Tinggi. Setelah bersuka ria, tiba-tiba soalan Hisyam yang bertanyakan Ika menjadikan keadaan sunyi dan suram. Hisyam berasa pelik dan terus bertanyakan soalan yang sama. Ayah Hisyam memberi tahu kepada Hisyam bahawa Ika telah meninggal dunia pada tahun lepas akibat barah otak. Pada mulanya, Hisyam tidak dapat menerima apa yang telah berlaku, tetapi selepas dia dibawa ke pusara Ika, dia menangis teresak- esak kerana dia amat menyesali tindakan dirinya yang harus pergi meninggalkan cintanya demi kerjaya. Dia amat terkilan kerana tidak dapat bersama Ika pada saat-saat terakhirnya. Hisyam meraung kerana tidak dapat menerima kenyataan yang berlaku. Adik Ika iaitu Farah member surat kepada Hisyam yang di tulis oleh Ika sebelum dia pergi meninggalkan dunia yang indah ini.

        Surat itu tertulis: Sayang, maafkan saya kerana saya tidak dapat menunggu dirimu pulang dari Norway kerana tuhan lebih menyayangi diriku ini. Secara jujurnya, kali pertama saya berjumpa dengan awak di dalam komuter semasa perjalan kita ke Sunway Pyramid, saya telah jatuh hati kepada awak. Saya dapat berasa bahagia apabila bersama dengan awak setiap saat, setiap detik. Sayang, pemergian saya ini bukan penamat bagi hidup awak, teruskanlah hidup awak yang masih lagi panjang. Saya sengaja mematikan telefon bimbit saya kerana saya mahu awak melupakan saya dan supaya awak tidak berasa janggal apabila ketiadaan saya apabila kepulangan awak ke Malaysia. Seikhlas hati saya, saya akan sentiasa menyimpan akan di dalam hati saya yang Cuma awak seorang sahaja yang akan saya bawa ke dalam syurga yang saya di masukkan ataupun ke dalam neraka yang saya tercampak. Awak sentiasa di hati saya, perasaan sayang saya terhadap awak tidak akan luput sampai bila pun. Dari insane yang sentiasa mencintaimu, Ika


          Selepas Hisyam membaca surat itu, hatinya  bagai kaca yang terhempas ke atas batu, hancur luluh. Tetapi ibu bapanya sentiasa di sisi untuk menenangkan dirinya yang sedang sedih.

            Hisyam menutup kembali dompetnya setelah puas merenung gambar arwah tunangnya yang sentiasa berada di dompetnya. Dia tersenyum dan masuk ke dalam kereta kerana azan maghrib telah pun berkuandang. Sehingga kini, Hisyam masih lagi belum berkahwin kerana cintanya hanya untuk Ika. Dia menuju ke masjid untuk menunaikan solat maghrib.
                                                          -TAMAT-

No comments:

Post a Comment