Sunday, December 19, 2010

Kau Istimewa

Malam ini terlalu tenang,
Walaupun sepi tapi penuh dengan kenangan,
Terlalu sayang untuk tinggalkan semua ini,
Kepada insan yang aku akan berkahwin,
Jangan putus harapan teruskan hidup tanpa ku di sini,
Satu langkah dengan takdir jodoh,
Binalah satu kehidupan yang tiada tandingannya,
Yang tidak ada nilainya,
Aku disini seketika menunggu waktu,
Pada malam ini, saat ini dan kenangan yang abadi ini,
Akan aku simpan di dalam hati yang terbang jauh ,
Lebih jauh dari angkasa, lebih jauh dari cakrawala ini,
Untuk menemui dia yang satu,
Pejamkan matamu bila kau rindukan wajahku.

Sunday, November 7, 2010

Cinta Squash

Nama aku Shah .Aku amat minat dengan sukan squash. Idola aku ialah Nicol. Pada setiap hari rabu petang dan ahad pagi aku akan pergi berlatih squash di Banang Golf Club. Nama jurulatih aku Lisa yang berbangsa melayu dan umurnya 24 tahun.
‘Adoh penatnya,petang ni ada latihan nanti malam ade tution dengan abang Zul.Nak pergi ke taknak.pergilah sekejap jek’. Disana Shah berlatih bersungguh-sungguh kerana dia mahu menjadi wakil negara bagi sukan squash. Lisa berkata ‘ bagus awak hari ni berlatih’.Shah membalas ‘ biasalah awak pon yang melatih saya sampai macam ni’.Pada pukul 6 petang Lisa menghatar Shah pulang kerumah dia.Lisa seorang jurulatih yang baik. Dalam masa yang sama Lisa telah jatuh cinta dengan Shah. Tetapi dia malu untuk mengungkapkan perasaannya kepada Shah.

           Pada malam itu Lisa menelefon Shah.’ Shah pada ahad minggu depan ada junior tournament dekat Peneng’. ‘ Ye ke Lisa tolong daftarkan nama saya untuk tourment itu’.Jawab Shah. ‘Baiklah’ balas Lisa. Ahad yang ditunggu oleh Shah telah tiba. Dia amat gembira sekali, Lisa menemani Shah pergi ke pertandingan itu.
Selesai pertandingan itu Shah telah berjaya mendapat tempat pertama dan di nobatkan sebagai nombor 1 pemain muda di Malaysia. Dia amat gembira sekali dengan gelaran tersebut. Pada petang itu juga Lisa membawa Shah pulang ke rumahnya. Tiba –tiba Shah berkata ‘terima kasih Lisa kerana melatih saya hingga ke peringkat ini’. ‘ Takpelah dah itu memang tugas saya’ jawab Lisa.

Pada sebulan kemudian, Shah di minta untuk mewakili Malaysia untuk sukan Asia bagi acara Squash pemain muda.Shah pergi ke Doha dan membawa Lisa sekali. ‘Lisa berkata di dalam hati bilakah masa yang sesuai untuk aku memberitahu yang aku cintakan Shah’. Tiba –tiba dia tersentak akibat di tegur oleh Shah. Akhirnya mereka sudah sampai di Doha. Shah di beri bilik yang sama dengan Lisa tetapi berlainan katil. Selepas upacara pembukaan sukan asia. Pada esok hari acara Shah pon tiba, dia menang acara tersebut. Dia amat seronok sekali.

Selepas beberapa perlawanan,sekarang tibalah perlawanan akhir dan Shah telah memenangi perlawanan tersebut dan telah menyumbang pingat emas untuk Malaysia dan di gelar nombor 1 pemain muda di asia. Dia amat gembira sekali. Di dalam perjalanan pulang ke Malaysia Lisa telah meluahkan perasaan yang di pendam. ‘ Shah sebenarnya saya cintakan awak’. ‘Apa! Mana boleh jadi, umur kita berbeza 7 tahun dan saya anggap awak sebagai kakak saya’ jawab Shah.Lisa amat kecewa sekali.Mereka sampai di Malaysia pada pukul 3 pagi.Shah sekarang sibuk dengan perlawanannya dan datang sekolah hanya 3 kali seminggu.

Peperiksaan SPM telah tiba dan Shah sedang membuat ulangkaji untuk matapelajaran Add Math. Sedang mengulangkaji handphone Shah berdering lagu The Climb. Bila Shah angkat rupanya ia Nicol.Shah amat gembira sekali dan Nicol mahu turun ke Batu Pahat untuk berlatih bersama-sama dengan Shah. Kemudian, Shah menelefon Lisa untuk datang ke gelangang pada petang esok. Shah pun mengikut petua yang di berikan oleh Nicol pada latihan tersebut. Dalam masa yang sama Nicol pun merasakan yang dia telah jatuh hati dengan Shah. 5 bulan kemudian, Shah mendapat keputusan 9A+ dan Shah mendapat biasiswa untuk pergi ke Amsterdam dan Shah mengambil kos sains sukan.Semasa disana Nicol dan Shah selalu berjumpa kerana Nicol duduk disana.Apabila waktu Shah tiada kelas,dia akan berlatih dengan Nicol di gelanggang di sana. 5 tahun kemudian Shah telah berjaya mendapat master.

Selepas itu Menteri Sukan Malaysia telah menelefon Shah untuk mewakili sukan olimpik di London. Dengan itu Shah pun pergi ke London. Disana Shah berjumpa dengan Nicol.Shah membawa Lisa bersama untuk melatih dia dengan lebih baik lagi. Dalam sukan olimpik itu Shah telah menjadi juara dan digelar sebagai pemain nombor 1 dunia.Pada malam itu Nicol telah meluahkan perasaannya kepada Shah ‘Shah,awak tahu tak yang saya ini cintakan awak’.Shah menjawab ‘ saya pon sama seperti awak,saya amat cintakan awak’.Apabila balik ke asrama peserta,Shah menceritakan kepada Lisa yang dia sudah bercinta dengan Nicol. Lisa amat kecewa sekali kerana dia amat mencintai Shah. Kemudian mereka semua balik ke Malaysia dengan selamat. Setelah dua tahun Shah bercinta dengan Nicol ,Shah telah melamar Nicol untuk menjadi teman hidupnya. Sebelum itu, Nicol di kehendaki memasuki islam dahulu. Sesudah selesai semua mereka pun di ijab kabulkan. Shah dan Nicol telah menjadi pasangan suami isteri yang sah.

Setahun kemudian mereka di kurniakan anak yang diberi nama Aslan Shah. Mereka hidup amat bahagia sekali . Pada suatu hari Lisa menelefon Nicol untuk berjumpa dengan Nicol. Lisa menceritakan yang dia amat menyintai Shah. Nicol memahami keadaan Lisa yang seperti hancur harapannya. Kemudian Nicol menyuruh Shah mengahwini Lisa. Pada mulanya Shah tidak boleh menerimanya tetapi setelah di pujuk oleh Nicol dia pun menikahi Lisa setelah setahun mereka bermadu Lisa pun jatuh sakit. Shah membawa Lisa ke hospital. Rupa-rupanya Lisa menghidap barah hati dan dia tidak boleh bertahan lagi. Pada esoknya Lisa telah di jemput oleh Allah. Shah berasa amat sedih dan ingat akan semasa Lisa melatih dia untuk menjadi seorang pemain squash nombor 1 dunia.

Akhir sekali, Shah dan Nicol hidup bahagia mereka pun dah mempunyai empat orang anak, dua orang lelaki dan dua orang lagi perempuan iaitu Aslan Shah, Aswan Shah, Nur Amira dan akhir sekali Lisa. Nicol yang memberi nama itu untuk mengingati permegian Lisa yang di sayangi dalam keluarga mereka.Mereka selalu mewakili Malaysia untuk acara squash yang ada dan mereka di digelarkan sebagai sepasang suami isteri yang bermain squash.


                                                                -TAMAT-

Monday, September 6, 2010

Perang Khandaq

Perang Khandaq dikenali sebagai perang azhab dan maksudnya adalah perang parit kerana perang ini adalah perang yang kali pertama dibuat di negara arab.Idea ini adalah dari seorang umat yang bernama Salman Al-Farisi.Dia adalah seorang umat datang dari negara Parsi.Kerjanya adalah penjaga ladang kurma di Madinah Al-Munawarah.Pada mulanya dia mahu mencari agama yang sebenarnya.Akhirnya dia jumpa agama sebenar iaitu agama islam.Pada mesyuarat Salman Al-farisi telah mencadangkan kita semua patut membuat parit sepanjang 8KM dan lebarnya 5M tingginya 6M.Kerana dinegara Parsi dahulu berbuat begitu.selepas itu mereka ada masa sebanyak 2 minggu sahaja untuk menyiapkan parit itu.Pada satu malam mereka sedang menggali parit ada satu umat yang berjumpa dengan Rasullullah dan berkata wahai Muhammad kami semua lapar.Kemudian dia menunjukkan perutnya diikat dengan seketul batu.Kemudian Rasullullah menunjukkan perutnya iaitu ada dua ketul batu yang diikat di perutnya .Kemudian seorang umat berjumpa dengan Rasullulah kerana mahu menjemput Rasullullah dan beberapa ahli khandaq untuk makan dirumahnya.Selepas itu Nabi Muhammad Memanggil semua ahli Khandaq untuk pergi ke rumah umat itu.Tetapi rotinya cuma boleh dimakan oleh 5 orang sahaja.Nabi Muhammad berkata jangan dibuka dulu periuk sehingga aku datang kemudian Nabi Muhammad datang dan dia menguli roti itu sehingga semua ahli Khandaq dapat makan sungguh besar mukjizat Rasullulah.Kemudian sampai hari untuk berperang umat islam dibantu dengan malaikat yang diturunkan oleh Allah dengan ribut dan semua qurais Makkah tewas akhirnya umat islam menang.Alhamdulilah.

Sunday, September 5, 2010

The View Is Great

Pernah saya katakan yang 'Life's a climb dengan itu saya menyambung but the view is great. Semua itu benar kerana saya telah pun mengkajinya.Iaitu saya amat suka dengan mempelajari ilmu agama islam kerana saya percaya akan Allah.Saya juga rasa bersyukur kerana saya dilahirkan dalam agama islam.selepas itu saya pergi ke kota suci Makkah untuk mengerjakan umrah disana. Saya amat terpegun melihat kabah yang tersergam indah.semasa itu saya menghabiskan banyak masa di masjidil haram.Saya amat suka duduk disana walaupun cuaca di sana amat panas. Pada hari balik saya ke tanah air saya,saya menangis akibat terlalu sayangkan mahu meninggalkan kota yang di idamkan oleh semua umat islam disana.kejadian ini berlaku pada tahun 2008.
Pada tahun 2010 bulan 6 aku sekali lagi pergi ke kota suci itu dengan berkat doa yang saya berdoan kepada Allah akhirnya saya berjaya sampai kesitu sekali lagi.Tetapi keadaan di sana sudah berbeza semasa saya berada di situ dahulu.Sekarang kota Makkah sudah berkembang maju dengan masjidnya yang sudah di ubah suai dan aku melihat bergitu terpegun aku amat suka tinggal disana.Aku berharab agar inilah tempat tinggal aku pada umur aku 25 tahun.Dan itulah dikatakan jika kita berusaha gigih berdoa kepada Allah kita akan dapat ganjaran dengan besar sekali.Tetapi Allah tidak akan memberi dengan sekali gus itu sahaja

Monday, July 26, 2010

The Climb story

Cerita ini mengisahkan tentang seorang artis yang bergitu terkenal.Nama nya adlah Elly.Dia seorang yang cantik dan semua jejaka berebut untuk mendapatkan Elly.Tetapi semuanya dia tolak.Tetapi Elly ada satu rahsia yang diketahui oleh bapa,kawan rapatnya dan adiknya bahawa dia menyamar sebagai Erin.Tetapi dia ada dua identiti.

Pada suatu hari Elly pergi ke kedai Beverly Shop untuk membeli hadiah sempena harijadi rakan baiknya Sarah.

Kemudian Elly bergaduh dengan seorang artis terkenal untuk merebut sepasang kasut.Akhirnya,kejadian itu terpampang di muka depan surat khabar.Oleh sebab pekara itu berlaku menyebabkan Elly lambat untuk ke parti hari jadi Sarah.Kemudian semasa itu Elly di ikuti oleh seorang pemberita yang mahu mengetahui rahsia Elly.Oleh itu Elly ke majlis harijadi Sarah dengan berketerampilan Erin.Oleh itu seorang lelaki berkata ‘Eh itu dia Erin cepat suruh dia nyanyi’.Kemudian Sarah merajuk dengan Elly.

Kemudian,Elly di jemput oleh Anugerah Bintang untuk ke New York tetapi tarikhnya sama dengan hari lahir neneknya.Oleh itu dia mahu ke New York dengan itu ayahnya Azroni mengambil langkah menaiki jet persendirian untuk pergi ke California.Oleh itu dia terperanjat apabila dia melihat sebuah kampung iaitu ‘country site’.Oleh itu Elly merajuk dengan ayahnya.Dia kata ‘kenapa boleh kita ada disini’.Kemudian,Elly pergi ke satu kawasan lapang dan dia marah akan kuda yang mahu memakan rambut palsunya.Kemudin ayahnya berkata ‘hai sampai kuda kesayangan awak pun awak lupa.’Kemudian Elly mengambil keputusan untuk tinggal sebentar di padang itu.Kemudian seorang jejaka datang iaitu Shah.Dia menegur ‘eh Elly ini awak ke,awak kenal saya tak.’Kemudian Elly membalas ‘eh Shah lama kita tak jumpa.’Kemudian Shah menghantar Elly pulang ke rumah nenekny dengan menaiki kuda.


Pada hari esok Elly bersedia untuk pergi mengutip telur ayam di reban ayam tetapi semuanya pecah di sular Elly.hancur kerana dia sudah lama tidak membuat kerja itu.Akhirnya,telur itu pecah di seluar Elly.Dia akhirnya masuk ke rumah dan nenek dan ayahnya ketawa kerana anak perempuannya tidak pandai membuat kerja.En.Azroni berkata ‘hai Elly ape lah awak ni.’Selepas Elly menyalin baju dia menemani neneknya pergi ke pasar pagi.Di pasar Elly terjumpa wartawan yang memang mahu menagetahui tentang Erin.Kemudian Elly sahaja mengenakan wartawan itu dengan memberi sambal yang pedas.Sesudah itu wartawan itu bertanya ‘awak kenal tak Erin.’Selepas itu Elly membalas ‘ada di hujung rumah di sana’.Sebenarnya itu adalah rumah yang lama tidak di penghuni.Selepas itu Elly memberi cadangan untuk membuat konsert dan duitnya diberikan ke anak yatim.Pada malam itu ramai yang menyertai nyanyian tersebut dan Elly menyanyikan lagu ‘Hoedown Throwdown.’Lagu itu mendapat smbutan yang hangat pada malam itu. Selepas itu Shah berkata ‘Elly bolehkah awak menelefon Erin untuk datang ke sini.’ Elly tergamam dan berkata ‘baiklah.’ Elly menelefon Sarah untuk menyamar sebagai Erin untuk datang ke kampung dia.Oleh semangat sahabat,Sarah setuju.Pada hari esoknya Sarah datang bersama pengurus Elly.Selepas itu hidup Elly telah berubah untuk tidak menjadi ego.Dia menolong Shah untuk membuat reban ayam yang dirancang dan mengikut rancangannya memang lawa.Mereka bersama-sama meniyapkan reban itu dalam keadaan mereka berdua telah jatuh cinta antara satu sama lain.Selepas itu mereka berehat di podok. Pada masa itu Elly sedang mencipta lagu dan menayakan bahawa lagunya sedap atau tidak. Shah menjawab ‘saya rasa sederhana sahaja.’Kemudian Shah bercakap dalam bahasa inggeris ‘Life is climb’ dan Elly berusaha untuk membuat lagu yang Shah cadangkan sebab dia amat suka akan Shah.Pada suatu hari Dato Bandar telh menjemput Erin untuk makan tengah hari bersamanya dan beberapa orang yang penting dan pada waktu yang sama Elly ada temu janji dengan Shah.Dengan itu dia terpaksa bertukar tukar tempat untuk menemui kedua - duanya.Pada akhir pertukaran Shah menemui bahawa Elly ialah Erin.Dan Shah marah akan Elly kerana tidak jujur kepadanya.


Kemudian pada esok hari ada konsert Erin yang ada di kampungnya dan dibuat secara besar-besaran. Elly cuba menyanyikan lagu tetapi tidak boleh kerana di teringatkan tentang perkataan yang Shah cakap ‘jujurlah pada diri kamu.’ Oleh itu Elly membuat pengakuan yang dia sebenar nya adalah Elly bukan Erin.Tetapi Shah berkata ‘awak boleh menyanyi tetapi kami tahu bahawa awak adalah Elly dan Elly menyanyikan lagu ‘The Climb.’Oleh itu semua bersorak kerana semua suka akan lagu itu lebih –lebih lagi Shah. Elly mengingati bahawa hari itu adalah hari yang paling bahagia dan dia di lamar oleh Shah untuk menjadi teman hidupnya. Dan mereka balik ke USA untuk meneruskan kariernya sebagai penyanyi.Elly dan Shah hidup bahagia selamanya. ‘Life's a climb

but the view is great.


-TAMAT-

Tuesday, July 20, 2010

Perkuburan baqi
Laut merah.
Ini adalah masjid kucing disini terdapat kucing yg bersembahyang.
Jabar ramah.
Di dalam adalah Makam Rasullulah,saidina abu bakr dan saidina umar.
Suasana di masjid kiblatain yang peristiwa tempat nabi muhammad dari Masjidil aqsar ke masjidil haram.
Sama tetapi ini lebih jelas.
Cuba anda perhatikan apa yang ada pada gambar di atas??? kemudian sila comment.
Gambar semasa aku hendak bertolak ke singapura dari masjid Sultan Ismail.Dan ini adalah pakcik aku.

Thursday, June 24, 2010

Makkah

Kembali ke hotel Taj Plaza.
Pusat membeli belah dipanggil Al-Safwa Tower.
Ini sepupu aku di atas masjidil haram.



Ni aku di atas masjidil haram.
Ini adalah tempat org islam menghadap apabila
sembahyang iaitu kabah yang terletak di masjidil haram.

Visiting

Ini aku bersama pak long di lapangan terbang
colombo.
Bukit uhud di belakang dan in adalah pakya.
Ini dipanggil bukit katil dimana peperangan uhud
berlaku disini dan org islam yg pandai memanah berdiri
di situ.
Ni dipanggil bukit kasih Jabar Ramah tempat
nabi Adam dan siti Hawa bertemu berdekatan
dengan padang arafah.
Di bukit uhud

Madinah

Di hadapan tempat parking berdekatan masjidil
Nabawi.
Sedang menungu Hj.Ghani untuk memberi isyrat
seterusnya.
Berdekatan dengan makam rasulluah di bawah
kubah hijau.
Cepat dah nak sembahyang!
Perjalanan ke masjidil nabawi yang pakai baju biru tu
mutawif bagi bilik kami.
Ini dihadapan madrasah di masjidil nabawi madinah al-munawarah.
Ini ialah masjid kuba.
Ini adalah kubah masjid kuba di luar di
Madinah Al-Munawarah.
Ini adalah kawasan perkuburan di masjid kuba
yang berdekatan dengan tempat mengambil air
sembahyang.
ini semasa saye berada di kawasan membaca
alquran di masjid kuba.
Ini adalah pintu di masjid nabawi yang saya
paling rindu sekali dan saye berharap agar saya
dapat datang ke madinah al-munawarah sekali lagi.


Sekarang kami sedang mendengar cerita
dari Hj.Ghani yang menjadi mutawif kami semasa
kami berada di tanah haram.


Keadaan orang sedang bersembahyang
di masjid kuba.