Drama

I Think I Love You - Episode 3


Setelah sebulan di Uluwatu,Shah mendapat surat tawaran dari pihak fakulti untuk berpindah ke Oxford kerana prestasi Shah amat bagus semasa kajiannya. Shah terpaksa meninggalkan Yasmin dan rakannya Zarh. Setelah Zarh dan Yasmin menghantar Shah di lapangan terbang, Shah berlepas pada pukul 3 petang dan sampai di UK pada jam 3 pagi. Setelah sampai di Oxford, Shah pergi ke pejabat pentadbiran untuk melaporkan dirinya. Kemdian, Ms Jeniffer menunjukkan dorm Shah. "This is your dorm, you leave with Faez and Zulhairi. They are from Malaysia." kata Miss Jeniffer. " Thank you miss" balas Shah.

Masuk je ke dalam dorm, "assalamualaikum" salam Shah. "Waalaikumusallam" jawab Faez dan Zulhairi. Mereka berkenal-kenalan dan Shah mengemas barangnya. Pada esok hari Shah akan menghadiri kelasnya yang pertama di Oxford University. Pada malam itu, Shah menelifon Yasmin tetapi Zarh yang mengangkat. Shah mendapat berita yang Yasmin telah meninggal dunia akibat barah otak. Shah buntu dan tidak boleh berbuat apa-apa. Dia pasrah dan menangis. Zarh meredakan keadaan Shah dalam telifon. Faez dan Zulhairi turut meredakan Shah.

Pada keesokkan harinya, Shah tidak menghadiri kuliah. Faez dan Zulhairi mencari Shah seluruh blok, tetapi Shah tidak ditemukan. Faez mengajak Zulhairi pergi ke Kinikuniya Bookstore kerana Faez tahu yang Shah suka membaca dan akan pergi ke kedai buku apabila Shah bersedih. Mereka memujuk Shah dan menaikan kembali semangat Shah. Zulhairi membawa Shah ke Loch Ness iaitu tasik yang indah. Shah dapat meluahkan perasaan sedihnya di sana. Shah amat teruja dengan keindahan ciptaan Allah. Apabila emosi Shah kembali sempurna, mereka kembali ke kampus semula. Mereka menghadiri kuliahnya iaitu fizik.


Bersambung........









I Think I Love You - Episode 2


 "Zarh hahahaha aku menang, tu lah lain kali jangan cabar aku, aku pantang di cabar." kata Shah. Kemudian Zarh membalas " iailah kau menang, takut aku nak cabar kau lagi." Kemudian van yang membawa Zarh, Shah dan Yasmin ke Goa Gajah telah tiba. Mereka di beri tempoh dua hari untuk membuat kajian di sana. Yang dapat dikenal pasti, tempat ini adalah petempatan dan tempat ini juga merupakan permandian penduduk desa berupa pancuran. Shah cuba untuk mendekati Yasmin dan mereka dapat berkenalan dengan lebih rapat. Zarh sudah menyediakan tempat tinggal berhampiran dengan air terjun.

 "Shah tolong saya menyediakan makanan untuk malam ini." kata Yasmin. Shah membalas " Okey tak de hal lah." Kemudian Shah menemankan Yasmin mencari kayu api di hutan manakala Zarh sedang mencari air untuk di masak. Semasa dalam hutan, Yasmin terjatuh dan kakinya tercedera. Dengan itu Shah mendukung Yasmin keluar dari hutan. Kemudian Zarh menelefon pemandu van itu untuk membawa kami keluar dari Goa Gajah dan membawa Yasmin ke hospital yang terdekat.

 "Shah terima kasih kerana menyelamatkan saya, kalau tak mesti saya keseorangan." kata Yasmin. "Tak pelah, kita kan kawan, mestilah saling bantu membantu," jawab Shah. Sampai sahaja di Royal Bali Hospital. Shah dan Zarh membawa Yasmin ke bilik rawatan. Yasmin diberi cuti selama 4 hari daripada rawatannya. Oleh kejadian itu, Shah dan Zarh mengambil cuti untuk menjaga Yasmin. Shah membawa Yasmin berjalan sekitar Pulau Bali dan Zarh memandu kereta milik Shah yang baru di belinya. Ibu Shah membelinya kerana Shah akan menetap di Pulau Bali selama 4 tahun untuk mengambil degree bahagian Geologist.

 Sudah empat hari berlalu. Cuti bagi Yasmin pun sudah tamat. Tempat kajiannya pun sudah bertukar. Mereka haru pergi ke Uluwatu dan menetap di sana selama 1 bulan. Kali ini cuma Shah dah Yasmin sahaja. Zarh harus ke Goa Gajah kembali untuk meneruskan kajian yang belum selesai lagi. Selepas kajian Zarh tamat di Goa Gajah, baru Zarh akan bersama Shah dan Yasmin kembali di Uluwatu.


Nantikan episode selepas ini pasti banyak cabaran yang ada ........









I Think I Love You - Episode 1


assalamualikum. This is the first episode story that i make.
Cerita ini tidak ada kene mengena dengan yang hidup dan yang mati. Cerita ini hanya rekaan semata-mata.



 ''Hurmmm, penatnye....... tak pelah esok dah cuti.'' Kemudian Shah menghidupkan enjin motornya untuk pergi ke Coffee Beans. Selepas itu Shah balik dalam sekitar pukul 2 pagi dengan keadaan tidak terurus. Ibunya bertanya 'Apa yang nak jadi dengan kau ni Shah.' Jawabnya, "Ibu jangan sibuk boleh tak ni hidup orang." Dengan itu, Shah pergi masuk ke biliknya dan beristirehat.
Pada keesokkan hari nya, Shah membawa motor untuk berangkat ke airport SENAI untuk pergi ke Bali, Indonesia untuk membuat kajian di sana. Dalam masa di sana, Shah di sambut oleh Kedutaan Malaysia untuk di hantar ke Royal Hotel iaitu hotel yang paling terkenal di Bali.

 Kemudian, Shah pergi membersihkan dirinya dan berehat di biliknya. Sudah siap dia bersiap, Tiba-tiba seorang lelaki masuk ke bilik itu. Namanya Zarh, dia datang dari negeri Perlis dan dia rakan Shah dalam kajiannya di Bali.

 Apabila Shah dan Zarh turun ke lobi hotel Shah ternampak seorang perempuan yang amat menarik hatinya. Dengan itu Shah bercakap dengan Zarh " weh ko nampak tak perempuan tu, cantik giler dowh." Zarh berkata, " kalau ko berani pergi ar tanye name die saper." Zarh sepertinya mencabar Shah. Kemudian, Shah pergi bertemu dengan perempuan yang di minatinya itu dan die dapat mengetahui yang namanya. Namanya ialah Yasmin dan juga dia berasal dari Selangor.


Nantikan episode yang seterusnya ok.....

No comments:

Post a Comment