Monday, October 19, 2015

Life, Love, Trust, Loyal, Respect

Hidup ini bukannya senang,
Kadang kita terjatuh,
Kadangkala tercicir yang dikendong,
Jadi jangan berhenti mengayuh.

Kepercayaan bukan perasaan,
Tapi  perasaan buat kita percaya,
dari mana datang perasaan itu?
Apabila hadirnya cinta.

Percaya bukan sahaja boleh dilihat,
Malah boleh dirasai,
Seperti si buta percaya anjingnya,
Untuk menapak didunia.

Setia bukan untuk manusia je,
Hachiko juga setia,
Menunggu tuannya hingga tak bernyawa,
Namanya tertancap di stesen Shibuya,
Kerana setia.

Kebahagiaan boleh didapati,
Tidak tahu mana salahnya,
Tidak nampak apa masalahnya,
Sematkan sifat hormat dalam diri,
Jika mahu bahagia.

Wednesday, May 20, 2015

TERTANCAP DIHATI

Waktu syuruk telah tiba,
Aku merenung ke luar jendela,
Memuji kepada Maha Pencipta.

Langkah demi langkah aku berjalan,
Mengatur strategi untuk berjalan tegak, 
Supaya tidak terpesung ke jalan yang salah,
Kerana takut akan balasan di akhirat kelak.

Allahuakbar, Allah Maha Besar,
Yang aku ucap setiap Solah,
Mununtut ilmu kerana Fardhu Kifayah,
Tidak kulupa akan Fardhu Ain.

Allahuakbar, Allah Maha Besar,
Yang mendengar tangisan dan doa,
Menghadap ujianNya dalam dunia,
Yang Penuh kejam dan pancaroba.