Nota Cakerawala...
“Vromm, vrommm!!!” Ain menghidupkan enjin kereta miliknya dan terus dipandu ke Taman Shinjuku. Setelah tiba di sana, dia duduk di sebuah bangku yg sedia ada di sana. Dia mengimbau kembali kenangan lalu bersama orang yang dia cintai yang telah pun meninggalkan dirinya. Ain menikmati kecantikan alam semula jadi pada petang hari. Ain menarik nafas sedalam-dalamnya sambil menutup matanya.
“Assalamualaikum, boleh kita berkenalan?” tiba-tiba terkeluar notifikasi IM di laman muka buku ain, “Ermmm, maaf, tak layan orang yang tidak dikenali.” Ain membalas. Kemudian, perbulan itu hanya termati disitu sahaja. Pada keesokkan harinya, Ain bergegas untuk ke lapangan terbang kerana dia akan kembali ke Jepun kerana cuti musim sejuk sudah pun tamat. Setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Ain pergi ke kaunter untuk mendaftar masuk ke syarikat penerbangan ANA. Tiba-tiba, seorang lelaki memegang bahu Ain sambil berkata “ Awak masih tak mahu berkenala dengan saya ke?” Ain terkejut dan menepis tangan lelaki itu dari bahunya lalu berkata “ Boleh, tapi awak kene belanja saya sarapan, boleh?” Lelaki itu senyum dan berkata “Boleh” dan terus menarik tangan Ain ke arah Restaurant Secret Recepie.
Mereka berkenalan di situ, nama lelaki itu ialah Shahrul tetapi nama panggilannya Ashah, di menuntut di sebuah universitu ternama di Jepun iaitu University Kieo, Jepun. Manakala, Ain menuntut di Unviersity Nasional Yokohama, Jepun. Apabila sudah berkenalan, mereka terpaksa berpisah untuk terus masuk ke kapal terbang. Setelah Ain mengambill tempat duduknya, dia sekali lagi terkejut kerana Ashah duduk disebelahnya semasa di dalam kapal terbang itu. Mereka makin rancak berbual sehingga 9 jam perjalanan dari KLIA hingga ke Lapangan Terbang Narita terasa sangat pendek. Mereka tiba di Jepun sekitar jam 3 pagi, Ashah bergegas kerana esok pagi, dia perlu berada di fakulti kimia, dan mengambil kereta api untuk ke bandar Tokyo. Sebelum berpisah dengan Ain, dia mengeluarkan kamera lomonya untuk mengambil gambar ain bersamanya dan meminta nombor telefon untuk senang berhubung. Selepas itu, dia terus menghilang meninggalkan Ain di situ. Di dalam kereta api itu, Ashah menulis sesuatu dan memasukkan gambar yang telah diamblnya tadi kedalam buku miliknya.
Seminggu selepas itu, Ain mendapat panggilan daripada Ashah, “Ain, jom pergi ke taman Shinjuku, nak? Ain pergi memeriksa jadualnya sama ada dia sibuk ataupun tidak, “ermmm, boleh jugak, ermmm, sabtu ni 9 pagi ok? “Ok, jumpa awak di sana” Ashah membalas. Pada hari yang dijanjikan, mereka berdua berjumpa di situ. Ain seperti sudah mengenali Ashah dengan lebih dekat, hati budinya dan segalanya. Mereka di situ mengambil gambar untuk setiap kenangan kerana setiap gambar, ada memorinya. Senja pun tiba seperti masa amat mencemburui mereka berdua, tiba masanya untuk mereka berpisah. Sebelum berpisah, Ashah menghulurkan cincin kepada Ain kemudian melamar untuk menjadi separuh dari hidupnya iaitu teman hidup sehingga ke akhir hayat. “Ashah, maaf, saya belum bersedia lagi untuk ini semua, saya masih mahu mengejar cita-cita saya.” Ashah bangun lalu senyum sambil memberikan nombor telefon yang tertulis di atas kertas sambil berkata “ tolong saya telefon nombor ini.”
Ain menatap nota itu dan berkata “ baiklah.”Ashah berlalu pergi dan sekali lagi meninggalkan Ain bersendiri di taman itu. Selepas Ain tiba di rumah, dia terus menelefon nombor yang di beri oleh Ashah kepadanya. “Assalamualaikum, siapa ni?” suara perempuan menjawab panggilan itu. “Waalaikumusalam, nombor ni, Ashah suruh saya telefon, siapa disana?” Ain menjawab. “Oh!! Ain, panggil saya aunty Yanti, mak kepada Ashah.” Mak Ashah membalas. “Kenapa Ashah suruh saya telefon aunty eik?” Ain bertanya. “ Ain, biar aunty berterus terang, sebenarnya Ashah mempunyai penyakit Amnesia, dia tidak akan ingat siapa dia, dimana dia apabila dia bangun dari tidur. Ibu Ashah menerangkan. Ain terkejut apabila mendengar kenyataan ibu Ashah lalu bertanya, “Aunty, kenapa dia boleh mengingati saya?” Ibu Ashah menjawab “ Tiap-tiap pagi, diakan membuka diari yang berada di sebelah katilnya, dia akan membaca semuanya, dia mengingati kamu kerana dia menyimpan gambar Ain di dalam diarinya, dia tulis segala kenangan manis bersama Ain didalamnya, sebab itu, dia dapat mengingati Ain.” Dengan perasaan yang sedih, Ain mengakhiri panggilan itu, dengan tidak diketahuinya, air matanya sudahpun membasahi pipinya.
Dengan perasaan yang sedih, Ain mengambil baju sejuknya dan terus menuju ke rumah Ashah. Pintu rumah Ashah di ketuk bertalu-talu sehingga Ashah membuka . “ya? Boleh saya bantu?” Ashah bertanya. “ Ashah” Ain hanya mampu menyebut nama Ashah. “Cik, dari mana cik tahu nama saya?” Tangisan yang keluar dari mata Ain seperti empangan yang sudah pecah dan tidak boleh di baiki lagi. Ain berlari meninggalkan perkarangan rumah Ashah dan terus menghilangkan diri. Pada mulanya, Ashah cuba menghubungi Ain, tetapi, panggilannya tidak di jawab.
Setelah 3 tahun berlalu, Ain sudah berjaya menamatkan pembelajarannya dalam bidang pendoktoran. Tiba-tiba, dia teringat akan Ashah yang sudah lama tidak di hubunginya. Ain cuba menelefon Ashah, tetapi gagal. Ain menelefon aunty Yanti iaitu ibu kepada Ashah, “Assalamualaikum, aunty, ni Ain, Ashah ada di situ ke?” Aunty Yanti berkata, “ Ain, Ashah telah menghembuskan nafas terakhirnya 6 bulan lalu apabila proses pembedahan otak gagal.” Buat hari yang gembira bagi Ain bertukar menjadi sedih kerana kehilangan orang yang disayangi. “Aunty, Ain minta maaf.” Dan terus mengakhiri panggilan itu. “Ashah, maafkan Ain kerana meninggalkan Ashah sewaktu Ashah memerlukan Ain.” Ain rebah ke bumi kerana perasaannya yang terlalu sedih.
“Cik, hari dah gelap, bahaya kalau duduk di taman ni berseorangan bila dah gelap.” Seorang lelaki mengejutkan Ain daripada imbasan memorinya bersama Ashah. Ain mendongakkan kepalanya dan melihat wajah lelaki itu mirip seperti Ashah. Lelaki itu lalu berjalan meninggalkan Ain seorang diri dengan penuh tanda tanya.
-TAMAT-
Nukilan,
Si Perantau Kasut