Aku merenung ke luar jendela,
Memuji kepada Maha Pencipta.
Langkah demi langkah aku berjalan,
Mengatur strategi untuk berjalan tegak,
Supaya tidak terpesung ke jalan yang salah,
Kerana takut akan balasan di akhirat kelak.
Allahuakbar, Allah Maha Besar,
Yang aku ucap setiap Solah,
Mununtut ilmu kerana Fardhu Kifayah,
Tidak kulupa akan Fardhu Ain.
Allahuakbar, Allah Maha Besar,
Yang mendengar tangisan dan doa,
Menghadap ujianNya dalam dunia,
Yang Penuh kejam dan pancaroba.
No comments:
Post a Comment