Monday, September 6, 2010

Perang Khandaq

Perang Khandaq dikenali sebagai perang azhab dan maksudnya adalah perang parit kerana perang ini adalah perang yang kali pertama dibuat di negara arab.Idea ini adalah dari seorang umat yang bernama Salman Al-Farisi.Dia adalah seorang umat datang dari negara Parsi.Kerjanya adalah penjaga ladang kurma di Madinah Al-Munawarah.Pada mulanya dia mahu mencari agama yang sebenarnya.Akhirnya dia jumpa agama sebenar iaitu agama islam.Pada mesyuarat Salman Al-farisi telah mencadangkan kita semua patut membuat parit sepanjang 8KM dan lebarnya 5M tingginya 6M.Kerana dinegara Parsi dahulu berbuat begitu.selepas itu mereka ada masa sebanyak 2 minggu sahaja untuk menyiapkan parit itu.Pada satu malam mereka sedang menggali parit ada satu umat yang berjumpa dengan Rasullullah dan berkata wahai Muhammad kami semua lapar.Kemudian dia menunjukkan perutnya diikat dengan seketul batu.Kemudian Rasullullah menunjukkan perutnya iaitu ada dua ketul batu yang diikat di perutnya .Kemudian seorang umat berjumpa dengan Rasullulah kerana mahu menjemput Rasullullah dan beberapa ahli khandaq untuk makan dirumahnya.Selepas itu Nabi Muhammad Memanggil semua ahli Khandaq untuk pergi ke rumah umat itu.Tetapi rotinya cuma boleh dimakan oleh 5 orang sahaja.Nabi Muhammad berkata jangan dibuka dulu periuk sehingga aku datang kemudian Nabi Muhammad datang dan dia menguli roti itu sehingga semua ahli Khandaq dapat makan sungguh besar mukjizat Rasullulah.Kemudian sampai hari untuk berperang umat islam dibantu dengan malaikat yang diturunkan oleh Allah dengan ribut dan semua qurais Makkah tewas akhirnya umat islam menang.Alhamdulilah.

No comments:

Post a Comment