Nama aku Shah .Aku amat minat dengan sukan squash. Idola aku ialah Nicol. Pada setiap hari rabu petang dan ahad pagi aku akan pergi berlatih squash di Banang Golf Club. Nama jurulatih aku Lisa yang berbangsa melayu dan umurnya 24 tahun.
‘Adoh penatnya,petang ni ada latihan nanti malam ade tution dengan abang Zul.Nak pergi ke taknak.pergilah sekejap jek’. Disana Shah berlatih bersungguh-sungguh kerana dia mahu menjadi wakil negara bagi sukan squash. Lisa berkata ‘ bagus awak hari ni berlatih’.Shah membalas ‘ biasalah awak pon yang melatih saya sampai macam ni’.Pada pukul 6 petang Lisa menghatar Shah pulang kerumah dia.Lisa seorang jurulatih yang baik. Dalam masa yang sama Lisa telah jatuh cinta dengan Shah. Tetapi dia malu untuk mengungkapkan perasaannya kepada Shah.
Pada malam itu Lisa menelefon Shah.’ Shah pada ahad minggu depan ada junior tournament dekat Peneng’. ‘ Ye ke Lisa tolong daftarkan nama saya untuk tourment itu’.Jawab Shah. ‘Baiklah’ balas Lisa. Ahad yang ditunggu oleh Shah telah tiba. Dia amat gembira sekali, Lisa menemani Shah pergi ke pertandingan itu.
Selesai pertandingan itu Shah telah berjaya mendapat tempat pertama dan di nobatkan sebagai nombor 1 pemain muda di Malaysia. Dia amat gembira sekali dengan gelaran tersebut. Pada petang itu juga Lisa membawa Shah pulang ke rumahnya. Tiba –tiba Shah berkata ‘terima kasih Lisa kerana melatih saya hingga ke peringkat ini’. ‘ Takpelah dah itu memang tugas saya’ jawab Lisa.
Pada sebulan kemudian, Shah di minta untuk mewakili Malaysia untuk sukan Asia bagi acara Squash pemain muda.Shah pergi ke Doha dan membawa Lisa sekali. ‘Lisa berkata di dalam hati bilakah masa yang sesuai untuk aku memberitahu yang aku cintakan Shah’. Tiba –tiba dia tersentak akibat di tegur oleh Shah. Akhirnya mereka sudah sampai di Doha. Shah di beri bilik yang sama dengan Lisa tetapi berlainan katil. Selepas upacara pembukaan sukan asia. Pada esok hari acara Shah pon tiba, dia menang acara tersebut. Dia amat seronok sekali.
Selepas beberapa perlawanan,sekarang tibalah perlawanan akhir dan Shah telah memenangi perlawanan tersebut dan telah menyumbang pingat emas untuk Malaysia dan di gelar nombor 1 pemain muda di asia. Dia amat gembira sekali. Di dalam perjalanan pulang ke Malaysia Lisa telah meluahkan perasaan yang di pendam. ‘ Shah sebenarnya saya cintakan awak’. ‘Apa! Mana boleh jadi, umur kita berbeza 7 tahun dan saya anggap awak sebagai kakak saya’ jawab Shah.Lisa amat kecewa sekali.Mereka sampai di Malaysia pada pukul 3 pagi.Shah sekarang sibuk dengan perlawanannya dan datang sekolah hanya 3 kali seminggu.
Peperiksaan SPM telah tiba dan Shah sedang membuat ulangkaji untuk matapelajaran Add Math. Sedang mengulangkaji handphone Shah berdering lagu The Climb. Bila Shah angkat rupanya ia Nicol.Shah amat gembira sekali dan Nicol mahu turun ke Batu Pahat untuk berlatih bersama-sama dengan Shah. Kemudian, Shah menelefon Lisa untuk datang ke gelangang pada petang esok. Shah pun mengikut petua yang di berikan oleh Nicol pada latihan tersebut. Dalam masa yang sama Nicol pun merasakan yang dia telah jatuh hati dengan Shah. 5 bulan kemudian, Shah mendapat keputusan 9A+ dan Shah mendapat biasiswa untuk pergi ke Amsterdam dan Shah mengambil kos sains sukan.Semasa disana Nicol dan Shah selalu berjumpa kerana Nicol duduk disana.Apabila waktu Shah tiada kelas,dia akan berlatih dengan Nicol di gelanggang di sana. 5 tahun kemudian Shah telah berjaya mendapat master.
Selepas itu Menteri Sukan Malaysia telah menelefon Shah untuk mewakili sukan olimpik di London. Dengan itu Shah pun pergi ke London. Disana Shah berjumpa dengan Nicol.Shah membawa Lisa bersama untuk melatih dia dengan lebih baik lagi. Dalam sukan olimpik itu Shah telah menjadi juara dan digelar sebagai pemain nombor 1 dunia.Pada malam itu Nicol telah meluahkan perasaannya kepada Shah ‘Shah,awak tahu tak yang saya ini cintakan awak’.Shah menjawab ‘ saya pon sama seperti awak,saya amat cintakan awak’.Apabila balik ke asrama peserta,Shah menceritakan kepada Lisa yang dia sudah bercinta dengan Nicol. Lisa amat kecewa sekali kerana dia amat mencintai Shah. Kemudian mereka semua balik ke Malaysia dengan selamat. Setelah dua tahun Shah bercinta dengan Nicol ,Shah telah melamar Nicol untuk menjadi teman hidupnya. Sebelum itu, Nicol di kehendaki memasuki islam dahulu. Sesudah selesai semua mereka pun di ijab kabulkan. Shah dan Nicol telah menjadi pasangan suami isteri yang sah.
Setahun kemudian mereka di kurniakan anak yang diberi nama Aslan Shah. Mereka hidup amat bahagia sekali . Pada suatu hari Lisa menelefon Nicol untuk berjumpa dengan Nicol. Lisa menceritakan yang dia amat menyintai Shah. Nicol memahami keadaan Lisa yang seperti hancur harapannya. Kemudian Nicol menyuruh Shah mengahwini Lisa. Pada mulanya Shah tidak boleh menerimanya tetapi setelah di pujuk oleh Nicol dia pun menikahi Lisa setelah setahun mereka bermadu Lisa pun jatuh sakit. Shah membawa Lisa ke hospital. Rupa-rupanya Lisa menghidap barah hati dan dia tidak boleh bertahan lagi. Pada esoknya Lisa telah di jemput oleh Allah. Shah berasa amat sedih dan ingat akan semasa Lisa melatih dia untuk menjadi seorang pemain squash nombor 1 dunia.
Akhir sekali, Shah dan Nicol hidup bahagia mereka pun dah mempunyai empat orang anak, dua orang lelaki dan dua orang lagi perempuan iaitu Aslan Shah, Aswan Shah, Nur Amira dan akhir sekali Lisa. Nicol yang memberi nama itu untuk mengingati permegian Lisa yang di sayangi dalam keluarga mereka.Mereka selalu mewakili Malaysia untuk acara squash yang ada dan mereka di digelarkan sebagai sepasang suami isteri yang bermain squash.
-TAMAT-
No comments:
Post a Comment