Sunday, January 29, 2012

Pengorbanan


Pengorbanan

Malam ini terlalu sepi,
Semua manusia sudah pun di buai mimpi yang indah,
Tiupan angin sempoi-sempoi bahasa mengindahkan lagi malam,
Aku duduk sendiri di serambi rumahku,
Memikirkan tentang hidupku.

Di dalam kotak fikiran ku terimbau kembali kisah silam,
Kisah silam yang pernah menjatuhkan aku,
Sehingga aku berasa untuk menyerah diri,
Aku tidak kuat untuk merempuh dugaan ini,
Dugaan yang datang seumpama badai yang amat kuat.

Aku menitiskan cecair yang amat berharga,
Cecair yang bersinar seperti berlian yang setiap malam membasahi pipiku,
Aku bersujud kepada Ilahi supaya memberi hidayah kepadaku,
Apabila aku sujud, aku akan rasa yang aku menghampiri-Nya,
Yang Maha mengetahui segalanya.

Keperitan didalam hati ini bagai ditusuk dengan lembing yang amat tajam,
Sehingga aku sendiri tidak dapat menahannya,
Aku mahu lari dari semua ini,
Tetapi ada yang membisik supaya aku bertahan,
Aku juga harus menempuhi badai yang melanda.

Kini aku mengerti,
Bertapa besarnya nilai yang tidak terbayar oleh sesiapa,
Pengorbanan dan kesetiaan dalam sesuatu,
Harus kita lakukan,
Kerana Allah Maha adil...

No comments:

Post a Comment