
“Model mana? Aku dah lambat ni.” Teriakan Ilyas memanggil model untuk mengambil gambar bagi majalah Mag. Ilyas bekerja sebagai jurugambar yang terkenal di tanah air malah diperingkat antarabangsa, memang terkenal dengan nama panggilan dia Ilya. Setelah model berbangsa Jepun itu siap untuk di ambil gambarnya, Ilyas mengarahkan krew - krew untuk bersiap sedia. Apabila semuanya sudah sedia, Ilyas mula mengambil gambar model itu. Tiba-tiba ada seorang gadis melintas dan Ilyas terambil gambarnya semasa gadis itu memandang muka Ilyas dan gadis itu berkata “Watashi ni onsha.” Dalam bahasa Jepun. “Yōji, Watashi wa marēshia kara kimashita.” Jawab Ilyas kepada perempuan itu. “Oh, saya Ayu, maafkan saya encik.” Jawab perempuan itu. “ Awak dari Malaysia juga! Ermmm, saya Ilyas. Panggil saya Ilya sahaja.” Ilyas mengenalkan dirinya. Selepas mendengar kata-kata Ilyas, Ayu berlalu pergi sambil tersenyum.
“Ya Allah, betul ke apa yang ku rasa ini, Adakah aku sudah jatuh cinta padanya.” Ayu bermonolog dengan dirinya. Ilyas yang sedang terpaku memandang Ayu yg semakin hilang dari pandangannya pun tiba-tiba tersentak dengan sapaan dari krewnya,lalu Ilyas berkata “Ok pack up, its over.” Ilyas bergegas ke motornya dan kembali ke Cerulean Tower Tokyu Hotel yang telah menjadi miliknya. Ilyas yang datang dari keluarga yang berada dan semua harta tinggalan ibu bapanya jatauh ke tangannya kerana dia adalah satu-satunya anak yang ada dalam keluarga tersebut. Ilyas mengajak Hiroku temannya untuk duduk bersamanya. “Asal lambat? Kata nak keluar, jomlah.” Hiroku bertanya kepada Ilyas dengan bahasa melayu walaupun masih gagap. “Tunggu aku mandi sekejap, aku baru je balik.” Jawab Ilyas.
Setelah itu, Ilyas menunggang motor kegemarannya iaitu Hayabusa dan Hiroku pula menunggang Kawasaki untuk pergi keluar mencari restorant untuk makan malam. Mereka singgah di Restorant Teishoku-ya untuk menjadi tempat makan malam mereka pada hari itu. “ Ilyas, kenapa kau sudah lama tidak pulang ke Malaysia? Pergilah balik melihat keluarga kau dekat sana.” Hiroku memulakan perbualan. “ Aku ada banyak kerjalah dekat sini, lagipun aku dah anggap Jepun ni macam tempat aku. Lagi satu, aku sudah pun mendapat kerakyatan negara sini, buat apa aku nak balik.” Jawab Ilyas dengan panjang lebarnya. “Ikut suka kaulah Ilyas, aku cuma cakap je.” Hiroko menjawab dengan nada yang kecewa. Selepas mereka selesai makan malam, Ilyas mengambil keputusan untuk kembali ke Malaysia kerana hatinya tiba-tiba terbuka untuk kembali ke Malaysia. Pada keesokkan harinya, Ilyas mengemas pakaiannya untuk kembali ke Malaysia.
Sedang sibuk mengemas pakaian untuk dibawa, Hiroku menyapa dari belakang, “ Kau berapa hari dekat Malaysia?” Ilyas menjawab, “sebulan je, nanti kau jagalah hotel ini semasa ketiadaan aku.” Hiroku tersenyum dan menolong Ilyas mengemas pakaian. Hiroku menghantar Ilyas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Narita,Tokyo. Ilyas menunggu waktu berlepas dibalai pelepasan antarabangsa. Ilyas menaiki All Nippon Airways untuk ke Malaysia. Apabila sedang sibuk mencari tempat duduknya di tempat “first class” , Ilyas terlanggar seorang gadis dan apabila dia bangun, Ilyas terkejut sambil berkata “AYU!” Ayu yang sedang mahu membangunkan dirinya pun terkejut dan berkata “ Eh! Ilya, awak buat apa dekat sini?” Ilyas hanya tersenyum memandang wajah Ayu yang amat menawan dan tersentak akibat teguran dari pramugari yang bertugas. Rupanya mereka duduk bersebelahan dalam penerbangan itu. Sesudah sampai di KLIA, Ilyas bertanya “ Ayu, awak nak ke mana? Saya mahu ke Johor Bahru” Ayu memandang muka Ilyas dan menjawab “ Saya pun hendak ke situ juga.” Ilyas tersenyum dan menjawab “ Kalau begitu jom saya hantar awak ke sana” “ Kalau tidak menyusahkan awak, saya tidak kisah.” Ilyas pergi ke kaunter untuk menempah teksi untuk ke Bandar Kuala Lumpur.
“Kenapa kita ke Kuala Lumpur?” Ayu bertanya. “ Saya ada hal sebentar.” Jawab Ilyas ringkas. Apabila sampai ke suatu tempat, Ayu terkejut kerana banyak kereta disitu. Rupanya itu adalah tempat menyimpan kereta keluarga Ilyas. Ilyas mengambil kereta Volkswagen Golf GTI dan mereka mula berangkat untuk ke Johor Bahru. Ilyas ceritakan kisah hidupnya dan sebab penghijrahan dirinya ke negara Jepun. Apabila sudah sampai di Johor Bahru, Ayu menunjuk arah untuk ke rumahnya. Akhirnya, sampai juga destinasi yang mereka tuju iaitu rumah Ayu. Ibu Ayu menjemput Ilyas masuk tetapi Ilyas menolak dan mereka berjanji akan bertemu di Pantai Lido. Ilyas pergi ke rumah makciknya untuk melawat. Pada mulanya makcinya kurang mengenali Ilyas tetapi selepas memperkenalkan dirinya, baru di sambut oleh makcik dan pakciknya. Setelah siap Ilyas membaca peta untuk menjadi panduannya semasa di Malaysia, dia bergegas untuk mengambil Ayu untuk ke Pantai Lido.
Semasa di Pantai Lido, Ilyas banyak mengambil gambar Ayu melatarbelakangkan pemandangan yang indah pada waktu malam. Pada malam itu juga, mereka bersetuju untuk menjadi pasangan kekasih. Mereka meluangkan masa di situ dengan indah sekali. Ilyas menghantar Ayu pulang ke rumah dan mengucup sambil berkata “ jaga diri baik-baik sayang.” Sebelum Ayu masuk ke rumah. Ilyas kembali ke rumah mak ciknya dan memetik gitar sambil meyanyikan lagu Ai Uta iaitu lagu Jepun yang dibuatnya sendiri. Pada malam itu, Ilyas tidak tidur kerana sibuk mengambil gambar sekeliling perkarangan rumah makciknya. Ilyas duduk di luar dan terkenang kisah silamnya semasa dia kehilangan kedua ibu bapanya. Dia amat kesal kerana tidak dapat menunujukkan kejayaan yang di capai olehnya kepada kedua ibu bapanya yang tercinta.
Dua Minggu Kemudian..........
Ayu sedang bergegas menyiapkan dirinya untuk berjumpa dengan Ilyas. Tanpa disedari minyak wangi yang mahu disembur ke tubuhnya tersembur ke dua belah pancainderanya dan menyebabkan Ayu tidak dapat melihat dan dibawa ke hospital oleh Ilyas. “ Apa yang bole kita bantu untuk memulihkan keadaan matanya doktor?” soal Ilyas kepada Doktor Indra. “ Tiada cara lain kecuali pemindahan mata.” Jawab Doktor Indra. Ilyas melutut dan menitiskan air matanya. Doktor Indra cuba menenagkan Ilyas tetapi gagal. Ilyas terlalu sedih kerana orang yang paling di cintainya sudah tidak boleh melihat keindahan alam ciptaan YANG MAHA ESA. Ilyas menelifon Hiroku dan berkata “ Boleh datang ke Malaysia? Aku perlukan kau.” Hiroku menjawab “ esok aku bertolak dari Tokyo.” Pada keesokan harinya, Ilyas mengambil Hiroku di KLIA dan terus bawa ke Johor Bahru. Dia menceritakan semua yang telah berlaku. Ilyas mengambil keputusan untuk mendermakan kedua-dua pancainderanya kepada Ayu. Pada mulanya Hiroku dan mak ciknya tidak setuju. Tetapi melihat keadaan Ilyas yang seperti orang yang tidak ada hala tuju, akhirnya mereka membenarkan.
Sebelum pemedahan dimulakan, Ilyas memegang tangan Ayu yang telah tidak sadar dan berkata “ Awak akan dapatt melihat semula sayang. Izinkan saya melihat awak untuk kali terakhir.” Setelah selesai pemedahan, Ilyas meminta Hiroku untuk menghantar dia ke Jepun dan menberi sepucuk surat untuk Ayu apabila dia sudah sedar. Mak cik Ilyas mengikut Ilyas ke Jepun untuk menjaganya. Apabila Ayu sedar, dia melihat ada seorang lelaki jepun dihadapannya dan menghulurkan sepucuk surat kepadanya. Katanya itu surat dari Ilyas. Apabila Ayu membuka surat berikut dia membaca isi kandungannya:
Ayu wa, anata wa kanashimi shinaide kudasai. Watashi ga anata ni ataete iru watashi no me de futatabi kono utsukushī sekai o miru koto ga dekimasu. Watashi wa anata ga watashi no jōkyō o mite kanashī koto nishitakunainode, tabun, kono go anata wa watashi o mitsukeru koto ga dekimasen. Watashi wa anata kara jibun o bōshi shiyou to shimasu. Watashi wa anata ga hontōni watashi o aishite iru koto ga wakaru yō ni, sutekina, watashi wa anata o aishi, sonotame, kono pointo o shiyō shite kudasai. Kore wa ai no hontō no imidesu.
Anata o aishite watashi, Ilyas.
Surat itu ditulis oleh Ilyas dalam bahasa Jepun. Ayu menitiskan air matanya kerana Ilyas sangup berkorban demi cintanya terhadap Ayu dan sanggup memberi pancainderanya kepada orang yang amat disayanginya. Hiroku meminta diri dan berlalu pergi untuk kembali ke Jepun untuk bersama rakannya Ilyas yang sudah tidak boleh melihat dunia ini. Tiap-tiap bulan Ilyas akan menghantar bunga sakura dari Jepun ke rumah Ayu dengan bertuliskan Aishiteru dan lirik lagu yang bertajuk Ai Uta:
nee, daisuki na kimi he' warawa naide kiite kure
aishiteru' danante kusa ikedone
Dakedo kono kotoba igai tsutaeru koto ga dekinai
Hora ne! mata baka nishite waratta yone
Kimi no eran da (michi) wa (koko) ne yokatta no ka
Nante wakaranai kedo...
Tada nai te waratte sugosu hibi ni
Tonari ni tatte ireru koto de
Boku ga ikiru imi ni natte
Kimi ni sasagu kono ai no uta
'nee, ano hi no bokura nanno hanashi wo shiteta?'
Hajimete atta nichi ni yosoyososhiku
Arekara iroiro atte toki ni wa kenka moshite
Wakari autameno toki sugo shitane
Kono hiroi bokura sora no shita deatte koi woshite itsumademo
Tada nai te waratte sugo su hibi ni
Tonari ni tatte ireru koto de
Kimi to iki ru imi ni natte
Kimi ni sasagu kono ai no uta
Itsumo meiwaku wokakete gomenne
Mitsudo koi jikan wo sugo shitane
Bokura futari hibi wo kizami
Tsukuriage tekita omoi tsunori
Hetakuso na uta wo kimi ni okuro u
'mechakucha suki da!' to kami ni chikaou
Korekaramo kimi no te wo nigitte ruyo
Boku no koe ga tsuduku kagiri
Tonari de zutto ai wo utau yo
Toshi wo totte koe ga karete kitara
Zutto te wo nigiru yo
Tada arigatou ja tsutae kirenai
Naki warai to kanashimi yorokobi wo tomoni wakachi ai iki te ikou
Ikutsumono yoru wo koe te
Boku wa kimi to ai wo utao u
- TAMAT-
No comments:
Post a Comment