Sunday, June 5, 2011

I Think I Love You - Episode 2

"Zarh hahahaha aku menang, tu lah lain kali jangan cabar aku, aku pantang di cabar." kata Shah. Kemudian Zarh membalas " iailah kau menang, takut aku nak cabar kau lagi." Kemudian van yang membawa Zarh, Shah dan Yasmin ke Goa Gajah telah tiba. Mereka di beri tempoh dua hari untuk membuat kajian di sana. Yang dapat dikenal pasti, tempat ini adalah petempatan dan tempat ini juga merupakan permandian penduduk desa berupa pancuran. Shah cuba untuk mendekati Yasmin dan mereka dapat berkenalan dengan lebih rapat. Zarh sudah menyediakan tempat tinggal berhampiran dengan air terjun.

"Shah tolong saya menyediakan makanan untuk malam ini." kata Yasmin. Shah membalas " Okey tak de hal lah." Kemudian Shah menemankan Yasmin mencari kayu api di hutan manakala Zarh sedang mencari air untuk di masak. Semasa dalam hutan, Yasmin terjatuh dan kakinya tercedera. Dengan itu Shah mendukung Yasmin keluar dari hutan. Kemudian Zarh menelefon pemandu van itu untuk membawa kami keluar dari Goa Gajah dan membawa Yasmin ke hospital yang terdekat.

"Shah terima kasih kerana menyelamatkan saya, kalau tak mesti saya keseorangan." kata Yasmin. "Tak pelah, kita kan kawan, mestilah saling bantu membantu," jawab Shah. Sampai sahaja di Royal Bali Hospital. Shah dan Zarh membawa Yasmin ke bilik rawatan. Yasmin diberi cuti selama 4 hari daripada rawatannya. Oleh kejadian itu, Shah dan Zarh mengambil cuti untuk menjaga Yasmin. Shah membawa Yasmin berjalan sekitar Pulau Bali dan Zarh memandu kereta milik Shah yang baru di belinya. Ibu Shah membelinya kerana Shah akan menetap di Pulau Bali selama 4 tahun untuk mengambil degree bahagian Geologist.

Sudah empat hari berlalu. Cuti bagi Yasmin pun sudah tamat. Tempat kajiannya pun sudah bertukar. Mereka haru pergi ke Uluwatu dan menetap di sana selama 1 bulan. Kali ini cuma Shah dah Yasmin sahaja. Zarh harus ke Goa Gajah kembali untuk meneruskan kajian yang belum selesai lagi. Selepas kajian Zarh tamat di Goa Gajah, baru Zarh akan bersama Shah dan Yasmin kembali di Uluwatu.



Nantikan episode selepas ini pasti banyak cabaran yang ada ........

No comments:

Post a Comment