Monday, August 1, 2011

Bulan Ramadhan

Pagi yang hening pada 1 Ogos 2011, pagi yang paling dirahmati Allah SWT dan semua umat Islam sedang cuba membangunkan diri mereka daripada tidur yang nyeyak. Selepas sahaja bersahur ada yang kembali ke buai mimpi dan ada juga yang beribadah kepada Allah SWT. Tetapi saya sedang menonton cerita LOVE, NORA yang dibintangi oleh pelakon yang saya minati Norliana Samsudin dan Yasmin Hani. Selepas selesai cerita yang panjangnya 1 jam 29 minit saya terus mengambil MP3 dan mendengar lagu kegemaran saya. Sepanjang pukul 4 sehingga pukul 8 saya merasakan sesuatu yang berbeza iaitu ketenangan di dalam dunia ini dan kesunyian yang disambut dengan keheningan. Itulah keberkatan dan kehebatan bulan ramadhan al mubarak. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan S ELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL0MUBARAK dan SELAMAT BERPUASA

No comments:

Post a Comment